SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
BANTUAN KECEMASAN MAHASISWA YAYASAN PERAK

 
 
     
 
  1. Bantuan Kecemasan Mahasiswa Yayasan Perak ini bertujuan membantu meringankan beban mahasiswa yang ditimpa musibah dalam tempoh pengajian di Peringkat DIPLOMA, IJAZAH SARJANA MUDA, IJAZAH SARJANA dan IJAZAH DOKTOR FALSAFAH di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

    ( Senarai IPT Dalam Negara yang Layak Memohon )

  2. Anak kelahiran Negeri Perak seperti yang termaktub di dalam Enakmen Negeri Perak No.1 Tahun 1952 para 4 (f)(i) iaitu :-

    • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak, atau :

    • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun, atau

    • Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.

    • Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak

  3. Isi rumah (Ibu dan Bapa) berpendapatan dibawah RM5,000.00 sebulan sahaja (gaji pokok).

  4. Pemberian sekali setahun sahaja bagi setiap pelajar mengikut peringkat pengajian.

  5. Mahasiswa yang telah mendapat sebarang bantuan Biasiswa Pendidikan dari mana-mana agensi mahupun syarikat korporat tidak akan dipertimbangkan. Keutamaan diberikan kepada mahasiswa yang tidak mendapat sebarang Pinjaman Pengajian Tinggi.

  6. Berikut adalah dokumen-dokumen yang perlu dihantar ke Yayasan Perak selepas membuat permohonan secara online:

    • Maklumat Permohonan yang dicetak selepas membuat permohonan dan mendapat sokongan oleh PEGAWAI HAL EHWAL PELAJAR IPT PELAJAR dan perakuan AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN)/ PENYELARAS DUN YANG SAH/ PENGERUSI MPKK/ PENGHULU MUKIM.

    • Salinan KAD PENGENALAN (Mykad) Pelajar, Ibu dan Bapa yang disahkan oleh Pengerusi MPKK/ Penghulu Mukim / Pegawai Kerajaan Kelas A / Wakil Rakyat.

    • Salinan KAD PELAJAR /KAD MATRIK yang disahkan oleh Pengerusi MPKK / Penghulu Mukim / Pegawai Kerajaan Kelas A / Wakil Rakyat.

    • BUKTI PENGESAHAN KEJADIAN (Laporan Polis/ Laporan Perubatan/ Surat Pengesahan oleh Pemimpin tempatan, Pengerusi MPKK, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga, Penghulu Mukim atau Wakil Rakyat)

    • Salinan PENYATA AKAUN BANK PELAJAR yang disahkan oleh Pengerusi MPKK / Penghulu Mukim / Pegawai Kerajaan Kelas A / Wakil Rakyat.

    • PENYATA PENDAPATAN (Slip Gaji) Bapa & Ibu / Penjaga. Sekiranya BEKERJA SENDIRI atau PESARA sila kepilkan Salinan Penyata Pencen Bulanan atau dapatkan Surat Pengesahan Pendapatan daripada Majikan/ Pengerusi MPKK / Penghulu Mukim/ Pegawai Kerajaan Kelas A/ Wakil Rakyat.


  7. Salinan Surat Kematian atau Surat Bercerai (jika berkaitan).

  8. Keutamaan kepada mahasiswa yang memperolehi PNGK (CGPA) 3.0 dan ke atas.
  9. Dokumen-dokumen berikut perlu dihantar ke Pejabat Yayasan Perak melalui POS/FAKS/SERAHAN KAUNTER dalam tempoh 2 minggu daripada tarikh permohonan. Permohonan yang TIDAK LENGKAP atau TIDAK disertakan dokumen yang diperlukan akan DITOLAK. Dokumen yang dihantar tidak dikembalikan.

  10. Pemohon boleh membuat semakan status permohonan secara atas talian/ online selepas tempoh SEBULAN dari tarikh penghantaran borang.

  11. Tarikh Permohonan Dibuka : Sepanjang Tahun (perlu dihantar dalam tempoh 2 minggu (14 hari) dari tarikh berlakunya kejadian)
 
     
  **Saya faham dan bersetuju dengan syarat-syarat berikut.