SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
BANTUAN SARA DIRI MAHASISWA YAYASAN PERAK

 
 
     
 
  1. Bantuan Saradiri Mahasiswa Yayasan Perak ini bertujuan membantu meringankan beban mahasiswa yang kurang berkemampuan yang sedang melanjutkan pengajian SEPENUH MASA dalam SEMESTER KEDUA DAN KE ATAS di Peringkat DIPLOMA, IJAZAH SARJANA MUDA, IJAZAH SARJANA dan IJAZAH DOKTOR FALSAFAH di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam Negara SAHAJA.


  2. Anak kelahiran Negeri Perak seperti yang termaktub di dalam Enakmen Negeri Perak No.1 Tahun 1952 para 4 (f)(i) iaitu :-

    • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak, atau :

    • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun, atau

    • Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.

    • Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak

  3. Isi rumah (Ibu dan Bapa) berpendapatan dibawah RM5,000.00 sebulan sahaja (gaji pokok).

  4. Pemberian sekali setahun sahaja bagi setiap pelajar mengikut peringkat pengajian.

  5. Mahasiswa yang telah mendapat sebarang bantuan Biasiswa Pendidikan dari mana-mana agensi mahupun syarikat korporat tidak akan dipertimbangkan. Keutamaan diberikan kepada mahasiswa yang tidak mendapat sebarang Pinjaman/ Biasiswa Pengajian Tinggi.

  6. Berikut adalah dokumen-dokumen yang perlu dihantar ke Yayasan Perak selepas membuat permohonan secara online:

    • Maklumat Permohonan yang dicetak selepas membuat permohonan dan mendapat sokongan oleh PEGAWAI HAL EHWAL PELAJAR IPT PELAJAR dan perakuan AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN)/ PENYELARAS DUN YANG SAH/ PENGERUSI MPKK/ PENGHULU MUKIM.

    • Salinan KAD PENGENALAN (Mykad) Pelajar yang disahkan oleh Pengerusi MPKK/ Penghulu Mukim / Pegawai Kerajaan Kelas A / Wakil Rakyat.

    • Salinan KAD PENGENALAN (Mykad) Ibu dan Bapa yang disahkan oleh Pengerusi MPKK/ Penghulu Mukim / Pegawai Kerajaan Kelas A / Wakil Rakyat.

    • Salinan KAD PELAJAR /KAD MATRIK yang disahkan oleh Pengerusi MPKK / Penghulu Mukim / Pegawai Kerajaan Kelas A / Wakil Rakyat.

    • Salinan TRANSKRIP KEPUTUSAN TERKINI yang disahkan oleh Pengerusi MPKK / Penghulu Mukim / Pegawai Kerajaan Kelas A / Wakil Rakyat.

    • Salinan PENYATA AKAUN BANK PELAJAR yang disahkan oleh Pengerusi MPKK / Penghulu Mukim / Pegawai Kerajaan Kelas A / Wakil Rakyat.

    • PENYATA PENDAPATAN (Slip Gaji) Bapa & Ibu / Penjaga. Sekiranya BEKERJA SENDIRI atau PESARA sila kepilkan Salinan Penyata Pencen Bulanan atau dapatkan Surat Pengesahan Pendapatan daripada Majikan/ Pengerusi MPKK / Penghulu Mukim/ Pegawai Kerajaan Kelas A/ Wakil Rakyat.


  7. Salinan Surat Kematian atau Surat Bercerai (jika berkaitan).

  8. Keutamaan kepada mahasiswa yang memperolehi PNGK (CGPA) 3.0 dan ke atas.
  9. Dokumen-dokumen berikut perlu dihantar ke Pejabat Yayasan Perak melalui POS/FAKS/SERAHAN KAUNTER selewat-lewatnya 1 minggu daripada tarikh permohonan. Permohonan yang TIDAK LENGKAP atau TIDAK disertakan dokumen yang diperlukan akan DITOLAK. Dokumen yang dihantar tidak dikembalikan.

  10. Pemohon boleh membuat semakan status permohonan secara atas talian/ online selepas tempoh SEBULAN dari tarikh penghantaran borang.

  11. Tarikh Permohonan Dibuka : Sepanjang Tahun (Hanya 1 permohonan sahaja bagi setiap tahun)
 
     
  **Saya faham dan bersetuju dengan syarat-syarat berikut.