DERMASISWA HARAPAN

SYARAT - SYARAT

  1. Bantuan Dermasiswa ini bertujuan membantu pelajar untuk membuat persediaan pendaftaran pada kemasukan pengajian SEPENUH MASA SEMESTER PERTAMA di TAHUN PERTAMA sahaja (TAWARAN TERKINI) ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), IPTS terpilih, Kolej Komuniti, Institut Pendidikan Guru, Matrikulasi, Politeknik, Kolej Vokasional dan Pusat Pengajian yang diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Perak di peringkat Sijil, Diploma, Diploma Lanjutan, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) (Separuh masa dan sama ada bekerja atau tidak) sahaja.

  2. Bagi pengajian LUAR NEGARA, pusat pengajian mestilah yang diiktiraf Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sahaja. Pemohon yang mengikuti Program Pertukaran Pelajar/ Mobiliti Pelajar/ Program Berkembar/ Latihan Industri di IPT Luar Negara tidak termasuk dalam bantuan ini.

  3. Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:-

    a) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak, atau

    b) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun, atau

    c) Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.

    d) Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak (DERMASISWA HARAPAN LUAR NEGARA)

  4. Isirumah (Ibu dan Bapa) berpendapatan di bawah RM5,000.00 sebulan sahaja (gaji pokok).

  5. Pemberian sekali sahaja bagi setiap pelajar mengikut peringkat pengajian.

  6. Sila sertakan SALINAN SURAT TAWARAN TERKINI, SALINAN MY KAD PELAJAR, BAPA DAN IBU yang LAHIR DI PERAK, SALINAN PENYATA AKAUN BANK PELAJAR, SALINAN PENYATA PENDAPATAN (isirumah) BAPA & IBU / PENJAGA yang disahkan oleh Majikan dan sekiranya PESARA sila kepilkan SALINAN PENYATA PENCEN BULANAN atau jika BEKERJA SENDIRI sila dapatkan PENGESAHAN PENDAPATAN (Disahkan oleh Pengerusi MPKK / Penghulu Mukim / Pegawai Kerajaan Kelas A / Wakil Rakyat.)

  7. Salinan Surat Kematian dan Surat Bercerai (jika berkaitan).

  8. Permohonan yang TIDAK LENGKAP atau TIDAK DISERTAKAN DOKUMEN yang diperlukan akan DITOLAK. Dokumen yang dihantar tidak dikembalikan.

  9. Pemohon hendaklah membuat semakan secara talian / online selepas tempoh SEBULAN dari tarikh penghantaran borang.

  10. Tarikh Permohonan Dibuka : Dermasiswa Harapan Dalam Negara & Dermasiswa Harapan Luar Negara (Sepanjang Tahun)

  11. Tarikh Tutup Permohonan: 3 BULAN DARI TARIKH PENDAFTARAN MASUK IPT

                                                                                                                   

  • Pemberian secara "one-off" kepada pelajar mengikut peringkat pengajian.
  • Kadar Pemberian Dermasiswa Harapan adalah seperti berikut:
DERMASISWA HARAPAN DALAM NEGARA
PERINGKAT PENGAJIAN  

KELAYAKAN PEMBERIAN

(PEMBERIAN RM5,000 KE BAWAH)

(KADAR BARU)

SIJIL (TERMASUK SIJIL & DIPLOMA VOKASIONAL) RM 300
DIPLOMA RM 500
IJAZAH SARJANA MUDA RM 1,000
IJAZAH SARJANA MUDA (MASTER) RM 1,500
IJAZAH DOKTOR FALSAFAH (PHD) RM 2,000

 

DERMASISWA HARAPAN LUAR NEGARA
KATEGORI NEGARA 

KATEGORI A

KATEGORI B
PERINGKAT PENGAJIAN NILAI BANTUAN (RM)
DIPLOMA 1,500 2,500
IJAZAH SARJANA MUDA 3,000 5,000
IJAZAH SARJANA/IJAZAH DOKTOR FALSAFAH 4,000 6,500

 

KATEGORI

A B
NEGARA

1. INDIA

5. INDONESIA

1. SINGAPURA

  8. NEW ZEALAND

2. PAKISTAN

6. LAOS

2. AMERIKA SYARIKAT

  9. JERMAN

3. THAILAND

7. VIETNAM

3. ARAB SAUDI

10. PERANCIS

4. MYANMAR

8. MESIR

4. EMIRIAH ARAB BERSATU

11. RUSIA

   

5. JORDAN

12. SEPANYOL

 

 

6. TURKI

13. UNITED KINGDOM

   

7. CHINA

14. JEPUN

  •                    Hanya universiti yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sahaja layak untuk membuat permohonan Dermasiswa Harapan Luar Negara.
  •                    Sila klik SINI untuk melihat senarai nama universiti yang diiktiraf.

CARA MEMOHON

  • Memohon Dermasiswa Harapan secara ONLINE

  • Borang Permohonan Dermasiswa Harapan juga boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Mini Yayasan Perak UTC, Ipoh, Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-masing.

  • Senarai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Terpilih boleh disemak seperti senarai di bawah:-
    (MUAT TURUN SENARAI IPT TERPILIH)

 

 

 

BERITA SEMASA