Bengkel Kerja Pemurnian Modul Perak Amanjaya Cemerlang (PEACE) UPSR & SPM Tahun 2018 telah diadakan pada 2-3 Mei 2018 yang lalu di Hotel Excelsior dan Hotel Tower Regency Ipoh. Bengkel Pemurnian Modul UPSR melibatkan seramai 90 orang Guru Cemerlang dan Jurulatih Utama dari setiap daerah di Negeri Perak bagi menyelaras 6 subjek utama. Manakala, Bengkel Pemurnian Modul SPM melibatkan seramai 380 orang Guru Cemerlang dan Jurulatih Utama dari setiap daerah di Negeri Perak bagi menyelaras 28 subjek teras dan elektif. Turut hadir bersama wakil dari Yayasan Perak dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

BERITA SEMASA