Majlis Perasmian Students Exam Kits 2018 telah disempurnakan oleh YB. Hj. Asmuni bin Awi, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan merangkap Pengerusi Yayasan Perak anjuran Yayasan Perak dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara pada 6 September 2018 bertempat di SMK Jelapang Jaya.

Program ini merupakan antara program Kerajaan Negeri sebagai tanda sokongan dalam mengambil berat soal pendidikan rakyat di negeri ini.

Penyampaian set alat tulis bagi menghadapi peperiksaan nanti melibatkan sebanyak hampir 7000 murid daripada 48 buah sekolah di parlimen tambun yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM.

BERITA SEMASA