Pada 2.9.2018 (Ahad) telah berlangsung program Ramah Mesra YAB MB Perak bersama Kepimpinan Mahsiswa Perak di Kediaman Menteri Besar Perak. Program ini telah mengumpulkan seramai lebih 200 orang mahasiswa anak Perak dari pelbagai IPT luar dan dalam Negeri Perak. Program Ramah Mesra ini merupakan program pertama Majlis Perundingan Mahsiswa Perak (MPMP) bersama dengan Kerajaan Baru sejak PRU14 yang lalu. Program ramah mesra ini juga bukan sahaja dihadiri oleh YAB Tuan Faizal bin Dato' Azumu selaku Menteri Besar, tetapi turut dihadiri oleh YB Dr Aziz Bari, Exco Pendidikan, dan YB Howard Lee, Exco Pembangunan Belia dan Sukan.

BERITA SEMASA