Majlis Perasmian Student Exam Kit 2018 DUN Chenderiang, anjuran Yayasan Perak dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang telah dirasmikan oleh YAB Tuan Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan di SM Sains Tapah pada hari ini. Penyampaian set alat tulis peperiksaan bagi DUN Chenderiang pada hari ini merupakan siri kedua penyampaian selepas penyampaian di Parlimen Tambun pada 6hb September 2018 yang telah melibatkan sebanyak 6,906 orang murid. Penyampaian set alat tulis bagi DUN Chenderiang pada hari ini pula, seramai 1,524 murid telah menerima sumbangan ini. Jumlah murid UPSR yang terlibat adalah seramai 455 orang dari 20 buah sekolah. Murid PT3 pula berjumlah 560 orang dan SPM berjumlah 509 orang dari 5 buah sekolah.

BERITA SEMASA