Seminar Kecemerlangan SPM 2018 anjuran Yayasan Perak dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Pejabat Pendidikan telah diadakan selama tiga hari berturut-turut iaitu di Dun Chenderiang (9 Oktober 2018), Parlimen Tambun (10 Oktober 2018) dan Daerah Hilir Perak (11 Oktober 2018). Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Zainol Fadzi bin Haji Paharudin, Penasihat Khas kepada YAB. Menteri Besar Perak Darul Ridzuan merangkap ADUN Sungai Manik dan YB Aminuddin Zulkipli , Timbalan Speaker DUN Perak bagi mewakili YAB. Menteri Besar Perak Darul RIdzuan. Program ini merupakan agenda yang telah disusun oleh pihak kerajaan khususnya Kementerian, Jabatan Pendidikan, PPD dan sekolah bagi membantu pelajar-pelajar mengekalkan potensi kejayaan di dalam pelajaran melalui mekanisme peperiksaan sekaligus membantu untuk meningkatkan pencapaian sehingga ke saat akhir sesi pembelajaran dipelbagai peringkat. Ia juga merupakan satu usaha berterusan daripada kerjasama pihak swasta iaitu MYET Education Sdn. Bhd. ke arah untuk membantu meningkatkan pencapaian murid-murid di dalam mata pelajaran Sains Tulen serta membantu meringankan usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah.

BERITA SEMASA