Kunjungan ke Fakulti Ulum Islamiyah, Universiti Al-Azhar semalam bersama delegasi Kerajaan Negeri Perak. Di fakulti ini terdapat kira-kira 500 orang pelajar dari Malaysia dan 70 daripadanya adalah pelajar Perak. Kami berkesempatan meninjau proses pembelajaran yang sedang berlangsung melibatkan pelajar-pelajar Perak. Kemasukan pelajar disini adalah melalui lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan tidak perlu mempunyai Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Pelajar-pelajar disini adalah antara penerima zakat dari Majlis Agama Islam Perak (MAIPk) dengan jumlah maksima RM6500 setahun mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh MAIPk, namun fakulti ini dikenakan bayaran oleh pihak universiti dengan bayaran yuran 1000USD setahun. Kerajaan Negeri Perak akan mencari kaedah untuk mengurangkan bebanan pelajar yang melanjutkan pelajaran ke fakulti ini terutama berkaitan pembayaran yuran. Doakan yang terbaik untuk usaha ini, semoga pelajar-pelajar Perak di Mesir dapat menjadi pelajar yang berjaya seterusnya pulang dengan kualiti yang membanggakan untuk berkhidmat kepada ummah
BERITA SEMASA
-
Majlis Penutup Pesaya Ke-13 Kedah 2019
Majlis Penutup Pesta Sukan Antara Yayasan Se-Malaysia Kali Ke-13 Kedah 2019 yang disempurnakan oleh YB Dato' Ir. Amiruddin Bin Haji Hamzah, Timbalan M... -
Lawatan Kerja YB Pengerusi Ke Perth Australia
Lawatan kerja YB Pengerusi Yayasan Perak dan Pengurus Projek dan Pelaburan Yayasan Perak ke Perth, Australia pada 18 Februari 2019. Lawatan kerja ini... -
Majlis Perasmian Pesta Sukan Antara Yayasan Se-Malaysia 2019 Kedah
Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan Sukan di antara Yayasan Se-Malaysia Kali ke -13, Kedah (PESAYA 2019) telah diadakan di Kompleks Sukan LADA, Langk... -
Penyerahan Bantuan Kotak Harapan Yayasan Perak
Sebahagian daripada Penyerahan Bantuan Kotak Harapan Yayasan Perak kepada penerima di sekitar Negeri Perak. -
Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Yayasan Perak
Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Yayasan Perak sempena Kejohanan Sukan diantara Yayasan Se-Malaysia Kali ke -13, Kedah telah diadakan pada 25 Janua... -
Program Kembali Ke Sekolah Tahun 2019
Program Kembali Ke Sekolah Tahun 2019 anjuran Kerajaan Negeri Perak melalui Yayasan Perak telah berlangsung pada 14-24 Disember 2018 yang lalu. Progra...