Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Yayasan Perak sempena Kejohanan Sukan diantara Yayasan Se-Malaysia Kali ke -13, Kedah telah diadakan pada 25 Januari 2019 yang lalu di Hotel Excelsior, Ipoh. Kontinjen Yayasan Perak akan menyertai kejohanan tersebut bermula pada 15-22 Februari 2019 bertempat di Kompleks Sukan Pulau Langkawi, Kedah. Seramai 46 peserta akan mewakili Yayasan Perak di dalam acara Futsal, Bola Jaring, Bola Tampar Pantai, Petanque Pantai, Karom, Dart, Sepak Raga tuju dan Bowling. Semoga berjaya buat semua kontinjen Yayasan Perak.

 

BERITA SEMASA