Kerajaan negeri melalui Yayasan Perak telah bekerjasama dengan Jaipk dan Maipk melaksanakan program pendidikan berteraskan agama melalui program Akademi Insan Muda Ar-Ridzuan (AIMAN) . Ini merupakan kelas KAFA menengah yg pertama di Malaysia.Program ini menekankan aspek pengajian Amali fardhu ain dan fardhu kifayah untuk pelajar Islam berumur 13 hingga 15 tahun. Setakat ini terdapat 15 sekolah dan Masjid yang terlibat dari seluruh daerah di negeri Perak dan akan dibuat penambahan dari masa ke semasa.Tahniah dan terima kasih kepada Pengerusi Yayasan Perak, Yb Haji Asmuni Awi yang memberikan sokongan padu terhadap program ini.

BERITA SEMASA