Festival Huffaz Yayasan Perak Tahun 2019 telah diadakan pada 13 Julai 2019 (Sabtu) bertempat di Dewan Saidina Abu Bakar (INTIM). Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Haji Fakhruldin bin Mohd Hashim, Anggota Yayasan Perak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran dan Pendidikan Yayasan Perak. Turut hadir memeriahkan majlis, Tn. Haji Mohd Yusoff bin Abustan, Pengurus Besar Yayasan Perak, S.F. Dato' Haji Mohd Yusop bin Haji Husin, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Encik Salman bin Salleh, Anggota Yayasan Perak dan Wakil Pendidikan Negeri Perak. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

BERITA SEMASA