Seramai 35 penerima telah mendapat manfaat program Dermasiswa Harapan daripada Yayasan Perak. Program ini merupakan bantuan yang disediakan kepada mereka yang akan melanjutkan pengajian di peringkat IPTA. Majlis penyerahan yang telah disempurnakan oleh Pengerusi Yayasan Perak, Yang Berhormat Tuan Haji Asmuni Awi ini berlangsung di Dewan Utama, Masjid Al-Ghufran Manjoi. Turut hadir bersama pada petang ini ialah Pengurus Besar Yayasan Perak Tuan Haji Yusof bin Abustan. Semoga semua pelajar ini berjaya dengan cemerlang dalam bidang yang dipilih.

BERITA SEMASA