Pelancaran Apresiasi & Inspirasi Kecemerlangan dan Anugerah Huffaz Yayasan Perak telah diadakan pada 13 November 2017 di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YAB. Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir, Menteri Besar Perak serta diiringi oleh YB Dato' Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, YB. Dato' Haji Mohamad Daud Bin Hj Mohd Yusoff Pengerusi Yayasan Perak, YB. Dato' Haji Mohd Gazali bin Jalal, Pegawai Kewangan Negeri Perak dan YB Dato' Dr. Muhammad Amin bin Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau. Turut hadir bersama Puan Aida Hazlyn binti Hassan, Pengurus Besar Yayasan Perak dan ketua - ketua jabatan yang lain. Hampir 1000 orang yang terdiri daripada guru - guru, murid - murid dan ibu bapa serta penerima anugerah telah hadir pada majlis tersebut. Beberapa anugerah telah disampaikan sebagai penghargaan kepada anak-anak Perak yang telah berjaya dalam pelbagai bidang termasuk anugerah Huffaz. Disamping itu, Yayasan Perak juga telah memperkenalkan Program Anak Cemerlang Amanjaya (ACe) yang memberikan bantuan khusus kepada murid tahun empat dan lima yang mempamerkan potensi cemerlang dalam bidang pendidikan. Semoga anugerah ini akan menjadi acara tahunan Yayasan Perak untuk menghargai lebih ramai lagi anak-anak Perak yang berpotensi dalam bidang pendidikan, sukan, kokurikulum dan agama. Tahniah kepada semua yang terlibat.

BERITA SEMASA