PROGRAM RUMAH HARAPAN

Kerajaan Negeri Perak amat prihatin terhadap pembangunan perumahan kumpulan B40 terutamanya mereka yang masih belum memiliki rumah sendiri. Program ini menawarkan kediaman kos rendah yang berharga RM100,000 ke bawah kepada rakyat Negeri Perak dan memberi peluang kepada rakyat Perak khususnya golongan belia yang berpendapatan isi rumah di bawah RM4,000 untuk memiliki kediaman sendiri tanpa dikenakan sebarang faedah pinjaman.

Konsep Program

  • Program pinjaman perumahan tanpa faedah bagi rakyat Perak atau yang bermastautin di Negeri Perak yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri.
  • Program berbentuk pinjaman perumahan.
  • Tempoh pinjaman sehingga 20 tahun (bergantung kepada umur pemohon)

Syarat- syarat Permohonan

  • Warganegara Malaysia dan berkahwin berumur diantara 25 hingga 45 tahun serta menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di Negeri Perak.
  • Pendapatan isi rumah diantara RM1,500 sehingga RM4,000 sebulan serta berkemampuan.
  • Keutamaan kepada BUKAN kakitangan tetap kerajaan.
  • Status tanah kediaman hak milik sendiri, kongsi atau mendapat kebenaran menduduki.
  • Belum pernah menerima sebarang bantuan perumahan daripada agensi lain.
  • Bersetuju untuk membuat “Kaveat” (Sekatan) atau Cagaran sepanjang tempoh pinjaman
  • Rumah pertama dan bukan tujuan perniagaan (rumah sewa)

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon
  2. Salinan kad pengenalan pasangan dan tanggungan
  3. Slip gaji (3 Bulan) atau pengesahan pendapatan oleh MPKK
  4. Salinan geran tanah
  5. Surat Kebenaran Menduduki dari semua penama berdaftar dalam geran tanah jika tanah hak  milik orang lain
  6. Salinan Kad Pengenalan Semua Penama berdaftar dalam geran tanah
  7. Salinan no. akaun semasa yang aktif bagi perkhidmatan auto debit.

Kategori Rumah

PELAN A

 

Jumlah pinjaman
– RM 52,200
Kos Projek : RM 55,000
Kos Insuran : RM 1,000
Kos Guaman : RM 1,000
Kos Pengurusan : RM 200
Jumlah Pinjaman : RM 57,200
Berkeluasan 800 (20’x40’) kaki persegi
Anggaran tempoh pembinaan 10 minggu

 

PELAN B

(KEDUDUKAN RUMAH MEMANJANG)

Jumlah pinjaman
– RM 67,200
Kos Projek : RM 65,000
Kos Insuran : RM 1,000
Kos Guaman : RM 1,000
Kos Pengurusan : RM 200

Jumlah Pinjaman : RM 67,200
Berkeluasan 940 kaki persegi (800 (20’x40’) kaki persegi dan tambahan porch 140 kaki persegi)

Anggaran tempoh pembinaan 12 minggu

 

PELAN C

KEDUDUKAN RUMAH MELINTANG

Jumlah pinjaman
– RM 67,200
rumahharapanc
Kos Projek : RM 65,000
Kos Insuran : RM 1,000

Kos Guaman : RM 1,000

Kos Pengurusan : RM 200

Jumlah Pinjaman : RM 67,200

Berkeluasan 940 kaki persegi (800 (20’x40’) kaki persegi dan tambahan porch 140 kaki persegi)
Anggaran tempoh pembinaan 12 minggu


Pemohon boleh mendapatkan borang secara percuma di tempat - tempat berikut :-

  • Pejabat Yayasan Perak -Pejabat Mini Yayasan Perak (UTC)
  • Ipoh -Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN (Wakil Rakyat)
  • Pejabat Daerah & Tanah (Setiap Daerah)
  • Muat Turun Borang Permohonan Pinjaman Rumah Harapan