PROGRAM  BANTUAN PINJAMAN TABUNG USAHAWAN

Program Bantuan Pinjaman Tabung Usahawan disediakan untuk golongan sasar iaitu di kalangan usahawan Industri Kecil & Sederhana (IKS) dan usahawan muda B40 bagi menjadi batu loncatan kepada usahawan-usahawan untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka.

Objektif Program

  • Membangunkan masyarakat melalui program pinjaman tabung usahawan untuk meningkatkan pendapatan yang lestari dalam memangkin ekonomi pembangunan Negeri Perak.
  • Melahirkan usahawan IKS dan usahawan muda yang berkualiti dan beriltizam melalui bimbingan serta latihan pembangunan kapasiti yang sistematik dan efektif.
  • Meningkatkan kualiti perkhidmatan yang mendahulukan pelanggan, proaktif dan pantas dalam mengatasi pemasalahan pelanggan/rakyat.
  • Memperkasa pengkalan data maklumat kemiskinan yang komprehensif.

Konsep Program

  • Merupakan Skim pinjaman perniagaan tanpa faedah kepada usahawan IKS dan usahawan muda B40 untuk mengembangkan perniagaan dan ia adalah pinjaman jangka pendek.
  • Tempoh pinjaman sehingga 5 tahun (bergantung kepada jumlah pinjaman)
  • Jumlah pinjaman dari RM3,000.00 sehingga RM20,000.00

Syarat- syarat Permohonan

  1. Berumur antara 18 hingga 59 tahun serta  menetap atau bermastautin melebihi 10  
    tahun di Negeri Perak
  2. Pemohon dan pasangan merupakan seorang Warganegara Malaysia
  3. Pemohon dan pasangan bukanlah seorang kakitangan kerajaan / badan berkanun  
    / syarikat GLC / syarikat Berhad
  4. Menjalankan perniagaan di dalam Negeri Perak
  5. Menjalankan perniagaan secara sendirian (Bukan Perkongsian)
  6. Perniagaan yang dijalankan adalah mematuhi syariah.
  7. Perniagaan yang dijalankan berada dalam skop pembiayaan Yayasan Perak. Dimana perniagaan yang dijalankan adalah melibatkan transaksi wang penjualan atau pembelian yang nyata secara harian, mingguan atau bulanan dan hasil jualan mestilah diterima kurang dari satu bulan dari tarikh jualan.

    Antara perniagaan yang  berada di luar skop pembiayaan adalah:
    -Urusniaga melalui ternakan dan perikanan (usahawan baru)
    -Urusniaga yang melibatkan konsep MLM / Online
    -Urusniaga yang melibatkan pelaburan / Piramid / Skim Cepat Kaya
    -Pembelian kenderaan untuk perniagaan atau peribadi
    -Perniagaan barangan lusuh / Kitar semula
    -Perniagaan bermusim
    -Perniagaan secara orang tengah atau agen  perantara seperti agen insurans, agen Unit Amanah, agen Komisen Am termasuk Broker (tanah atau  hartanah ) dan sebagainya.
    -Kontraktor Pembangunan

Dokumen yang diperlukan

  1. Borang / Surat Permohonan (wajib)
  2. Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan Tanggungan) - (wajib)
  3. Salinan Surat Perjanjian / Kebenaran Sewa Kedai atau Tanah & sebagainya
  4. Salinan Daftar Niaga (SSM) / Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  5. Pelan lokasi perniagaan
  6. Surat Sokongan Wakil Rakyat / Pejabat Daerah / Penghulu / MPKK
  7. Salinan Penyata bank bagi 3 bulan yang terkini

    * Dokumen sokongan yang disahkan kepada Yayasan Perak, tidak akan dikembalikan.

    Pemohon boleh mendapatkan borang secara percuma di tempat - tempat berikut :-
    - Pejabat Yayasan Perak
    - Pejabat Mini Yayasan Perak (UTC), Ipoh
    - Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN (Wakil Rakyat)
    - Pejabat Daerah / Pejabat Penghulu
    - Muat Turun Borang Permohonan Pinjaman Tabung Usahawan Yayasan Perak