PROGRAM SAYANGI RUMAHKU

Kerajaan Negeri Perak amat prihatin terhadap infrastruktur pembangunan perumahan bagi golongan keterbawahan yang berdaftar dengan E-Kasih. Program ini bagi membantu golongan keterbawahan dengan menyediakan kemudahan asas dan kediaman yang selesa tanpa mengiralatarbelakang agar mereka mendapat sebuah harapan baru dalam menikmati kehidupan yang lebih berkualiti.

Konsep Program

  • Program bantuan baik pulih dan bina baru rumah tanpa bayaran bagi rakyat Perak  yang mengalami  kerosakan rumah dan rumah yang telah uzur.
  • Jenis bantuan terbahagi kepada dua (2) kategori :
    1. Bantuan Baik Pulih
    2. Bantuan Bina Baru

Syarat- syarat Permohonan

  • Warganegara Malaysia dan berkahwin.
  • Berumur 45 tahun ke atas dan menetap di dalam Negeri Perak dan bermastautin melebihi 10 tahun
  • Berdaftar di dalam E-Kasih atau disahkan miskin MPKK
  • Status tanah kediaman hak milik sendiri atau mendapat kebenaran menduduki
    (Bagi permohonan bina baru)
  • Belum pernah menerima sebarang bantuan perumahan daripada agensi lain
  • Status Pemilikan rumah sendiri (Bagi permohonan Baik Pulih)

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon
  2. Salinan kad pengenalan pasangan dan tanggungan
  3. Sebut Harga bagi permohonan Baik Pulih Rumah
  4. Salinan geran tanah bagi permohonan Bina Baru Rumah
  5. Surat Kebenaran Menduduki dari semua penama berdaftar dalam geran tanah jika tanah hak milik orang lain – Bagi permohonan Bina Baru Rumah sahaja.
  6. Salinan Kad Pengenalan Semua Penama berdaftar dalam geran tanah

KATEGORI SAYANGI RUMAHKU

Baik Pulih

  • Bantuan kepada peserta yang mempunyai   rumah yang masih ekonomik untuk dibaiki.
  • Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen asas rumah dan tidak termasuk,  
    kerja-kerja membina/baik pulih bahagian luar  rumah seperti pagar, garaj perigi dan lain-lain.
  • Kos baik pulih maksima sehingga RM15,000
  • Tempoh baik pulih antara 2 hingga 4 minggu

Bina Baru Rumah

  • Bantuan kepada peserta yang tidak memiliki rumah atau mendiami rumah yang terlalu   uzur,tidak Selamat diduduki dan tidak ekonomi  untuk dibaiki. Jenis rumah bina baru terbahagi    kepada tiga (3):

Bina Baru 1 Bilik

    • Berkeluasan 340 kaki persegi (20’x17’)
    • Kos pembinaan adalah RM30,000

 

Bina Baru 2 Bilik

  • Berkeluasan 440 kaki persegi (20’x22’)
  • Kos pembinaan adalah RM40,000


 

Bina Baru 3 Bilik

    • Berkeluasan 640 kaki persegi (20’x32’)
    • Kos pembinaan adalah RM45,000

 

Pemohon boleh mendapatkan borang secara percuma di tempat - tempat berikut :-

  • Pejabat Yayasan Perak
  • Pejabat Mini Yayasan Perak (UTC), Ipoh
  • Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN (Wakil Rakyat)
  • Pejabat Daerah / Pejabat Penghulu
  • Muat Turun Borang Permohonan Sayangi Rumahku