Program ini merupakan program pembelajaran secara video atas talian yang boleh diakses oleh semua pelajar dan guru di Negeri Perak.

Program telah bermula dari tahun 2011 dan mengandungi hampir semua subjek yang diajar mengikut silibus.

Terdapat kira-kira 200 subjek yang meliputi SK, SJKC, SJKT dan Sekolah Menengah dalam bentuk video yang berjumlah 8,800 video.

Kesemua video ini boleh diakses melalui portal www.peraketuition.my

Program akan bermula penghujung bulan Mac 2019.