PERHATIAN

*PERMOHONAN BANTUAN SARA DIRI MAHASISWA ADALAH UNTUK SEPANJANG TAHUN*

*PERMOHONAN BANTUAN KECEMASAN MAHASISWA ADALAH UNTUK SEPANJANG TAHUN*

SYARAT - SYARAT

 

      1. Bantuan ini bertujuan membantu meringankan beban mahasiswa yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan yang sedang melanjutkan pengajian sepenuh masa dalam SEMESTER KEDUA DAN KE ATAS di peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Sarjana / Ijazah Doktor Falsafah di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

      2. Anak kelahiran Negeri Perak seperti yang berikut:-

        a) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak, atau

        b) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun, atau

        c) Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.

        d) Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.

      3. Isirumah (Ibu dan Bapa) berpendapatan di bawah RM1,500.00 sebulan sahaja (gaji pokok).

      4. Pemberian sekali setahun sahaja bagi setiap pelajar mengikut peringkat pengajian. (Bantuan Sara Diri)

      5. Mahasiswa yang telah mendapat sebarang bantuan Biasiswa Pendidikan dari mana-mana agensi mahupun syarikat korporat tidak akan dipertimbangkan. Keutamaan diberikan kepada mahasiswa yang tidak mendapat sebarang Pinjaman Pengajian Tinggi.
      6. Sila sertakan Sila sertakan SALINAN SURAT TAWARAN TERKINI , SALINAN MY KAD PELAJAR, BAPA DAN IBU yang LAHIR DI PERAK, SALINAN KAD PELAJAR, SALINAN TRANSKRIP KEPUTUSAN TERKINI (BANTUAN SARA DIRI SAHAJA) DAN SALINAN PENYATA AKAUN BANK PELAJAR, SALINAN PENYATA PENDAPATAN (isirumah) BAPA & IBU / PENJAGA yang disahkan oleh Majikan dan sekiranya PESARA sila kepilkan SALINAN PENYATA PENCEN BULANAN atau jika BEKERJA SENDIRI sila dapatkan PENGESAHAN PENDAPATAN (Disahkan oleh Pengerusi MPKK / Penghulu Mukim / Pegawai Kerajaan Kelas A / Wakil Rakyat.)
      7. Bagi Bantuan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak perlu menghantar bukti pengesahan kejadian dalam bentuk Laporan Polis, Laporan Perubatan atau Pengesahan oleh Pemimpin Tempatan (Pengerusi MPKK/ Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga/ Penghulu/ Wakil Rakyat).
      8. Salinan Surat Kematian dan Surat Bercerai (jika berkaitan).
      9. Semua permohonan perlu mendapat sokongan/ pengesahan pihak Hal Ehwal Pelajar IPT pemohon. Permohonan yang TIDAK LENGKAP atau TIDAK DISERTAKAN DOKUMEN yang diperlukan akan DITOLAK. Dokumen yang dihantar tidak dikembalikan.
      10. Keutamaan kepada mahasiswa yang memperoleh PNGK 3.00 dan ke atas. (Bantuan Sara Diri)
      11. Pemohon hendaklah membuat semakan secara talian / online selepas tempoh SEBULAN dari tarikh penghantaran borang.
      12. Tarikh Permohonan Dibuka : Bantuan Sara Diri (Sepanjang Tahun), Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak (Sepanjang Tahun dan perlu dihantar dalam tempoh 2 Minggu (14 hari) dari tarikh berlakunya kejadian)

                                                                                                                   

KADAR PEMBERIAN BANTUAN SARA DIRI DAN KECEMASAN MAHASISWA NEGERI PERAK
KATEGORI

NILAI BANTUAN (SETAHUN)

BANTUAN SARA DIRI RM 700
BANTUAN KECEMASAN RM 300

 

CARA MEMOHON