1. Matlamat

    1.1 Meringankan beban mahasiswa yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan bagi membolehkan mahasiswa fokus terhadap pelajaran tanpa terganggu dengan kesempitan hidup yang dihadapi oleh keluarga.

    1.2 Salah satu inisiatif tambahan dalam membasmi kemiskinan yang terdapat di Negeri Perak.
    1.3 Menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Perak kepada kebajikan Mahasiswa Perak yang ditimpa kecelakaan dan bencana.

2. Definisi Jenis-Jenis Bantuan

    2.1 Bantuan Sara Diri:
          2.1.1 Bantuan tambahan bagi menampung perbelanjaan harian mahasiswa sewaktu melanjutkan pengajian.
          2.1.2 Bantuan kepada mahasiswa yang terpaksa membuat pertambahan semester atas alasan munasabah selain daripada disebabkan oleh kegagalan subjek.

    2.2 Bantuan Kecemasan:
          2.2.1 Bantuan khas sewaktu mahasiswa ditimpa bencana atau musibah bagi meringankan beban yang ditanggung.
          2.2.2 Contoh-contoh bencana atau musibah:

                    2.2.2.1 Kemalangan,
                    2.2.2.2 Kebakaran,
                    2.2.2.3 Kematian ibu/bapa/penjaga,
                    2.2.2.4 Kecurian,
                    2.2.2.5 Banjir,
                    2.2.2.6 Penyakit kronik.

3. Syarat-Syarat Asas

     3.1 Anak kelahiran Negeri Perak adalah bermaksud seperti yang termaktub di dalam Enakmen Negeri Perak No. 1 Tahun 1952 para 4 (f) (i) iaitu:
           3.1.1 Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak, ATAU
           3.1.2 Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri perak lebih daripada 10 tahun, ATAU
           3.1.3 Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun
           3.1.4 KEUTAMAAN KEPADA MAHASISWA YANG MASIH TINGGAL DI NEGERI PERAK.

     3.2 Sedang melanjutkan pengajian SEPENUH MASA peringkat DIPLOMA / SARJANA MUDA / SARJANA / DOKTOR FALSAFAH di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf Kerajaan Negeri Perak serta mempunyai perwakilan Majlis Perundingan Mahasiswa Perak (MPMP) seperti di Lampiran 1.

     3.3 Semua permohonan perlu mendapat sokongan/pengesahan pihak Hal Ehwal Pelajar di IPT masing-masing.
     3.4 Borang permohonan yang LENGKAP dengan dokumen sokongan perlu dihantar semula ke Yayasan Perak.

4. Syarat-Syarat Khusus/Tambahan

     4.1 Bantuan Sara Diri:
            4.1.1 Menghantar permohonan dalam tempoh 1 Februari hingga 31 Mac pada setiap TAHUN sahaja. Permohonan perlu dibuat berdasarkan TAHUN SEMASA sahaja. Pemohon perlu menghantar permohonan pada tahun berikutnya, jika mahu meneruskan penerimaan bantuan.
            4.1.2 Tarikh Tutup Permohonan: 1 APRIL pada tahun tersebut.
            4.1.3 Keutamaan kepada golongan keluarga berpendapatan di bawah RM2,500 sebulan atau pendapatan perkapita sebulan sebanyak RM300 ke bawah. KEUTAMAAN KEPADA KELUARGA BERPENDAPATAN (GAJI POKOK) KURANG DARIPADA RM1,300.
            4.1.4 Memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) semasa 2.5 dan ke atas. KEUTAMAAN KEPADA PELAJAR YANG MEMPEROLEH PNGK 3.00 DAN KE ATAS.
            4.1.5 Keutamaan kepada mahasiswa yang TIDAK mendapat sebarang bantuan pinjaman pendidikan atau biasiswa. Tapi, berdasarkan kes-kes tertentu, penerima bantuan pinjaman pendidikan boleh dipertimbangkan.

     4.2 Bantuan Kecemasan:
            4.2.1 Menghantar permohonan dalam tempoh 2 Minggu (14 hari) dari tarikh berlakunya kejadian.
            4.2.2 Menghantar bukti pengesahan kejadian dalam bentuk Laporan Polis, Laporan Perubatan atau Pengesahan oleh Pemimpin Tempatan (Ketua Kampung/Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga/Pengerusi JKKK/Penghulu/Wakil Rakyat)

5. Kaedah Pelaksanaan/Pembayaran
     5.1 Permohonan dibuat melalui Yayasan Perak namun boleh juga dipanjangkan oleh pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Institusi Pengajian Tinggi atau Wakil Rakyat setempat.

     5.2 Pembayaran Bantuan Sara Diri:
             5.2.1 Bantuan RM500 per semester bagi pemohon yang layak.
             5.2.2 Bayaran Dua kali setahun iaitu pada Jun dan November.
             5.2.3 Bayaran dibuat terus ke akaun mahasiswa.

     5.3 Pembayaran Bantuan Kecemasan:
             5.3.1 Bantuan RM300 secara one-off bagi pemohon yang layak.
             5.3.2 Bayaran dibuat dalam 10 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.
             5.3.3 Bayaran dibuat terus ke akaun mahasiswa.

MUAT TURUN borang di sini.

:- kemaskini Mei 2018