TABUNG PENDIDIKAN AMANJAYA
PENGENALAN Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan semasa pembentangan Bajet 2010 di Dewan Undangan Negeri Perak pada 28/10/2009 telah mewujudkan Tabung Simpanan Pendidikan Negeri Perak (kini dikenali sebagai Tabung Pendidikan Amanjaya). Ucapan pembentangan bajet 2010 Y.A.B. Menteri Besar Perak adalah seperti berikut:- “Kerajaan Negeri Perak juga akan mewujudkan Tabung Simpanan Pendidikan Negeri di mana peruntukan RM200 disediakan untuk kelahiran anak Perak. Inisiatif ini merupakan simpanan pendidikan mereka untuk masa hadapan. Bagi tujuan ini peruntukan sebanyak RM2,000,000 disediakan pada tahun 2010 dan akan disalurkan melalui Yayasan Perak”. LATAR BELAKANG Peruntukan tersebut adalah sebanyak RM200.00 seorang yang telah disediakan bagi setiap kelahiran anak Perak bermula pada tahun 2010. Peruntukan ini akan disalurkan melalui Yayasan Perak. Peruntukan ini bermaksud sebanyak RM200.00 diberikan sebagai simpanan permulaan menerusi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) di bawah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi setiap kelahiran anak Perak tidak mengira bangsa dan agama. Bagi maksud Anak Perak, pengertian seperti yang diperuntukan dalam Akta Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan iaitu:- “Pemohon lahir di Negeri Perak. Ibu atau Bapa hendaklah lahir di Negeri Perak atau telah bermastautin dengan tinggal di Negeri Perak secara berterusan untuk tempoh 10 tahun atau lebih” OBJEKTIF/ MATLAMAT Tabung Pendidikan Amanjaya adalah bertujuan sebagai inisiatif pendidikan dan pelajaran yang merupakan simpanan pendidikan untuk masa depan anak-anak kelahiran Negeri Perak. Pengwujudan Tabung Pendidikan Amanjaya ini adalah untuk membolehkan anak-anak kelahiran negeri Perak mulai tahun 2010 mempunyai simpanan untuk menjamin pendidikan dan pelajaran mereka di masa hadapan. |
SASARAN Sasaran utama tabung ini adalah untuk anak-anak yang dilahirkan di Negeri Perak sahaja. Kelahiran dikira mulai 1/1/2010 selepas jam 12.00 tengah malam. Kelahiran hendaklah didaftar di Jabatan Pendaftaran Negara di dalam Negeri Perak atau mana-mana tempat dalam Negeri Perak sahaja. PERATURAN / SYARAT-SYARAT
|
MUAT TURUN BORANG
|
Borang Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang siap diisi. Jika telah membuka akaun SSPN, sila kepilkan salinan borang pembukaan akaun SSPN atau salinan kad SSPN