KUNJUNG HORMAT SESI PERBINCANGAN BANTUAN PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL MASYARAKAT ORANG ASLI NEGERI PERAK

KUNJUNG HORMAT SESI PERBINCANGAN BANTUAN PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL MASYARAKAT ORANG ASLI NEGERI PERAK

24 September 2020 (Khamis) – Satu Kunjungan Hormat daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Perak (Jakoa) ke Yayasan Perak telah diadakan bagi berkongsi maklumat dan perbincangan berkaitan bantuan pendidikan dan pembangunan sosial untuk masyarakat orang asli di Negeri Perak.

Turut bersama dalam perbincangan tersebut adalah Tuan Azrul Sani bin Ibrahim, Pengurus Besar Yayasan Perak dan Suhairy bin Abdul Ghani, Penolong Pengarah (I) Bahagian Pembangunan Modal Insan & Kebajikan Orang Asli.

#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan