Kunjungan Hormat Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) ke Yayasan Perak

Kunjungan Hormat Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) ke Yayasan Perak

10 September 2020 (Khamis) Yayasan Perak telah menerima Kunjungan hormat daripada Delegasi Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) yang diketuai oleh Tuan Hj Mahadon bin Marnin, Pengurus Besar YPJ yang disertai oleh Pegawai-pegawai YPJ bagi perkongsian ilmu dan maklumat berkaitan Tabung Kumpulan Wang Kebajikan & Pelajaran Yayasan Perak serta program-program di bawah Yayasan Perak.

Yayasan Perak amat berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dan semoga kerjasama yang terjalin ini dapat diteruskan di masa hadapan.

#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan