Majlis Pelancaran dan Penyerahan Kunci bagi Program Sayangi Rumahku Yayasan Perak

Majlis Pelancaran dan Penyerahan Kunci bagi Program Sayangi Rumahku Yayasan Perak

17 Januari 2020, GERIK: Kerajaan Negeri Perak melancarkan satu lagi inisiatif kebajikan untuk rakyat di negeri ini iaitu program Sayangi Rumahku.

Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Exco Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Asmuni Awi ketika majlis penyerahan kunci kepada penerima pertama program tersebut di Kampung Perah, Gerik.