MAJLIS PENYERAHAN KUNCI “PROGRAM SAYANGI RUMAHKU”

MAJLIS PENYERAHAN KUNCI “PROGRAM SAYANGI RUMAHKU”

5 Oktober 2020 (Isnin) – Penyerahan kunci bagi “Program Sayangi Rumahku” disempurnakan oleh YB Encik Khalil Bin Yahaya KhalIl YahaYa, Timbalan YDP Dewan Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kubu Gajah diiringi oleh Tuan Azrul Sani Bin Ibrahim, Pengurus Besar Yayasan Perak bertempat di Kampung Tersusun Redang Panjang Sungai Segar.

Penerima bantuan bina baru ini adalah En.Abdul Rahman Hijazi bin Din (53 tahun), Pn.Rasibah Binti Nik Hussin (73 tahun) dan Pn.Milah Binti Che Pie (52 tahun) dimana mereka adalah merupakan mangsa kejadian tanah runtuh di Kampung Teras, Ijok yang lalu.

#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan