Program Bersama Masyarakat Orang Asli Kg. Sg. Kejar Daerah Hulu Perak

Program Bersama Masyarakat Orang Asli Kg. Sg. Kejar Daerah Hulu Perak

Pengurus Besar Yayasan Perak, Tuan Haji Mohammad Yusoff bin Abustan bersama pegawai-pegawai Yayasan Perak telah mengikuti Program Transformasi Modal Insan bersama Masyarakat Orang Asli di Kg.Sungai Kejar, gerik pada 7-8 Februari 2020 yang lalu.

Program anjuran JAKOA ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Asmuni bin Awi, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan merangkap Pengerusi Yayasan Perak yang turut disertai oleh beberapa agensi kerajaan negeri iaitu MAIPk, RISDA,JAIPk dan Jabatan Perpaduan Taman Negeri Perak.

Dengan turut serta dalam program ini dapat bertemu serta merapatkan lagi agensi-agensi kerajaan Negeri Perak dengan penduduk kampung orang asli selain dapat memberi sumbangan kepada mereka.

#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan