PROGRAM RAMAH MESRA PENGURUSAN PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL(PTPTN) BERSAMA YAYASAN PERAK

PROGRAM RAMAH MESRA PENGURUSAN PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL(PTPTN) BERSAMA YAYASAN PERAK

30 September 2020 (Rabu) – Yayasan Perak telah menerima Kunjung Hormat daripada pihak pengurusan tertinggi ibu pejabat PTPTN bersama pejabat cawangan Negeri Perak bertempat di Hotel Casuarina, Ipoh sempena Program Pengurusan Turun Padang PTPTN. Tujuan perjumpaan ini diadakan bagi membincangkan peluang kerjasama yang baru diantara pihak PTPTN dan Yayasan Perak.

Turut hadir, Tuan Azrul Sani bin Ibrahim, Pengurus Besar Yayasan Perak dan wakil pegawai Yayasan Perak serta wakil dari PTPTN iaitu Puan Wan Zawiah Binti Wan Abu Bakar, Pengurus Besar Kanan Jabatan Operasi Cawangan, Puan Hazlina Binti Harmin, Penasihat Undang-undang Bahagian Khidmat Nasihat Perundangan dan Encik Rosdi Effendi bin Mohammed Effendi, Pegawai Khas KE.

#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan