KONSEP PROGRAM
- Program pinjaman perumahan tanpa faedah khusus kepada golongan B40 yang ingin membina RUMAH PERTAMA di atas tanah sendiri atau dengan kebenaran tuan tanah (Jika bukan pemilik)
- Program ini merupakan kolaborasi Yayasan Perak bersama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan B40 memiliki RUMAH PERTAMA.
- Ansuran bulanan serendah RM210 sebulan dengan keluasan rumah 1,000 kaki persegi serta reka bentuk rumah yang terkini.
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia
- Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas
- Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM 5,000 sebulan.
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna.
- Tanah / tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian / bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
- Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk)
- Tertakluk kepada peruntukan kewangan.
- Pemohon hendaklah anak kelahiran PERAK atau bermastautin lebih dari 10 tahun di Negeri Perak.
SYARAT-SYARAT TAMBAHAN
- Perlu menyediakan tapak cadangan termasuk jalan masuk untuk pembinaan.
- Perlu membuat penyambungan bekalan utiliti setelah rumah disiapkan.
- SPNB/ Yayasan Perak berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN (PENTING)
❖ Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan pasangan (Jika Berkenaan)
❖ Salinan Kad Pengenalan Tuan Punya Tanah
❖ Salinan Kad Pengenalan Pemohon kedua (Jika Berkaitan)
❖ Salinan Geran Hakmilik Tanah Terbaru
❖ Sijil Carian Rasmi yang terbaru dari Pejabat Tanah
❖ Salinan slip gaji (3 bulan terkini) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan bagi pemohon / pemohon kedua*
❖ Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah usang*
❖ Surat akuan kebenaran pelepasan tuan punya tanah
❖ Salinan sijil nikah pemohon, cerai @ meninggal dunia
❖ Borang Laporan Tapak Bergambar
CARA MEMOHON
Pemohon boleh mendapatkan borang secara percuma di tempat – tempat berikut :-
- Pejabat Yayasan Perak
- Muat Turun