Sayangi Rumahku

PROGRAM SAYANGI RUMAHKU

Kerajaan Negeri Perak amat prihatin terhadap infrastruktur pembangunan perumahan bagi golongan keterbawahan yang berdaftar dengan E-Kasih. Program ini bagi membantu golongan miskin dan miskin tegar di Negeri Perak dengan menyediakan kemudahan asas dan kediaman yang selesa tanpa mengiralatarbelakang agar mereka mendapat sebuah harapan baru dalam menikmati kehidupan yang lebih berkualiti.

KONSEP PROGRAM

  • Program bantuan baik pulih dan bina baru rumah tanpa bayaran bagi rakyat Perak  yang mengalami  kerosakan rumah dan rumah yang telah uzur.
  • Jenis bantuan terbahagi kepada dua (2) kategori :
    1. Bantuan Baik Pulih (Bantuan bagi yang mempunyai rumah yang masih ekonomik)
    2. Bantuan Bina Baru (Bantuan bagi yang tidak memiliki rumah atau mendiami rumah yang terlalu uzur atau tidak selamat diduduki.)

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  • Warganegara Malaysia dan berkahwin.
  • Berumur 45 tahun ke atas dan menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di dalam Negeri Perak.
  • Berdaftar di dalam E-Kasih atau disahkan miskin oleh Penghulu / Ketua Kampung.
  • Status tanah kediaman hak milik sendiri atau mendapat kebenaran menduduki. (Bagi permohonan Bina Baru)
  • Belum pernah menerima sebarang bantuan perumahan daripada agensi lain.
  • Status Pemilikan rumah sendiri (Bagi permohonan Baik Pulih)

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon.
  2. Salinan kad pengenalan pasangan / waris dan tanggungan.
  3. Sebut penyata pendapatan pemohon.
  4. Salinan penyata pendapatan pasangan / waris.
  5. Surat Akuan bersumpah kebenaran semua pemilik tanah.
  6. Salinan Kad Pengenalan semua Pemilik tanah.

KATEGORI SAYANGI RUMAHKU

Baik Pulih

  • Bantuan kepada peserta yang mempunyai   rumah yang masih ekonomik untuk dibaiki.
  • Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen asas rumah dan tidak termasuk,  
    kerja-kerja membina/baik pulih bahagian luar  rumah seperti pagar, garaj perigi dan lain-lain.
  • Kos baik pulih maksima sehingga RM15,000
  • Tempoh baik pulih antara 2 hingga 4 minggu

Bina Baru Rumah

  • Bantuan kepada peserta yang tidak memiliki rumah atau mendiami rumah yang terlalu   uzur,tidak Selamat diduduki dan tidak ekonomi untuk dibaiki. Jenis rumah bina baru terbahagi kepada tiga (3):

Bina Baru 1 Bilik

  • Berkeluasan 340 kaki persegi (20’x17’)
  • Kos pembinaan adalah RM30,000.00

Bina Baru 2 Bilik

  • Berkeluasan 440 kaki persegi (20’x22’)
  • Kos pembinaan adalah RM40,000.00

Bina Baru 3 Bilik

  • Berkeluasan 640 kaki persegi (20’x32’)
  • Kos pembinaan adalah RM45,000.00

Pemohon boleh mendapatkan borang secara percuma di tempat – tempat berikut :-