Soalan Lazim

Soalan Lazim

1. Apakah fungsi Yayasan Perak?

Yayasan Perak menyediakan bantuan-bantuan pendidikan untuk semua peringkat bermula dari kelahiran bayi, pelajar sekolah rendah dan menengah sehingga kepada mahasiswa yang melanjutkan pelajaran ke IPT. Selain itu, strategi dalam usaha Kerajaan Negeri untuk memperkasakan pembangunan sosial melalui Yayasan Perak beberapa program bagi bantuan perumahan serta membantu usahawan-usahawan dilaksanakan. Ini bagi memastikan program bantuan kepada golongan sasar rakyat Negeri Perak dapat dilaksanakan.

2. Bagaimanakah cara untuk memohon bantuan Dermasiswa Yayasan Perak / Bantuan Sara Diri dan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak?

Pelajar yang telah ditawarkan tempat pengajian dimana-mana IPTA dan IPT terpilih, boleh membuat permohonan sepanjang tahun dengan mengambil borang di pejabat Yayasan Perak, muat turun dari laman web Yayasan Perak atau memohon secara atas talian (online) dengan langkah seperti berikut:

  1. Isi permohonan secara atas talian di www.yayasanperak.gov.my/v5
  2. Mencetak borang permohonan
  3. Menghantar borang permohonan dan dokumen sokongan yang lengkap dan disahkan.
  4. Status permohonan boleh disemak melalui laman web Yayasan Perak atau melalui panggilan telefon selepas 2 minggu dari tarikh serahan borang.

3. Berapakah kadar Dermasiswa Yayasan Perak yang disediakan berdasarkan peringkat pengajian?

Bantuan ini adalah secara “one-off berdasarkan peringkat pengajian di dalam negara seperti berikut:

Bil.Peringkat PengajianNilai Bantuan (RM) (Pendapatan RM5,000 Ke Bawah)
1.Sijil (Termasuk Sijil & Diploma Vokasional)RM300.00
2.DiplomaRM500.00
3.Ijazah Sarjana MudaRM1,000.00
4.Ijazah Sarjana (Master)RM1,500.00
5.Ijazah Doktor Falsafah (PhD)RM2,000.00

4. Adakah pelajar yang melanjutkan pengajian ke luar negara layak memohon bantuan Dermasiswa Yayasan Perak?

Ya, layak memohon bagi mereka yang mendapat tawaran melanjutkan pengajian sepenuh masa peringkat Diploma sehingga Ijazah Doktor Falsafah di IPT luar negara yang diiktiraf oleh JPA dan MQA.

Bantuan ini adalah secara “one-off” berdasarkan peringkat pengajian serta kategori Negara seperti berikut:

Kategori NegaraKategori AKategori B
Peringkat PengajianNilai Bantuan (RM)
Diploma1,500.002,500.00
Ijazah Sarjana Muda3,000.005,000.00
Ijazah Sarjana / Ijazah Doktor Falsafah4,000.006,500.00

Agihan Negara mengikut kategori dan Negara sila rujuk DERMASISWA YAYASAN PERAK

Senarai IPT yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) boleh disemak di pautan www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm

5. Berapakah kadar Bantuan Sara Diri dan Kecemasan Mahasiswa Anak Perak?

KategoriNilai Bantuan (setahun)
Bantuan Sara DiriRM700
Bantuan KecemasanRM300 – RM1,000 (Mengikut Bencana/Musibah)

6. Apakah syarat-syarat permohonan bagi Dermasiswa Yayasan Perak dan Bantuan Sara Diri dan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak?

SILA RUJUK :

Dermasiswa Yayasan Perak

Bantuan Sara Diri dan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak

7. Bagaimanakah cara untuk menyemak status permohonan?

Anda boleh menyemak status permohonan di laman web Yayasan Perak www.yayasanperak.gov.my/v5 dengan memasukkan Nombor Kad Pengenalan pelajar. Selain itu, anda juga boleh menghubungi Bahagian Pendidikan pada waktu pejabat di talian 05-255 2929.

8. Siapakah yang layak memohon Tabung Simpanan Pendidikan Negeri Perak?

Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak merupakan insentif yang diberikan dalam bentuk simpanan pendidikan untuk masa hadapan anak-anak.

1.1 Penerima manfaat (anak) hendaklah warganegara Malaysia dan kelahiran  Negeri Perak mulai 1 Januari 2010.

1.2 Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak, atau

1.3 Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak tetapi SEDANG beralamat di luar Negeri Perak dan TELAH bermastautin di Negeri Perak lebih 10 tahun, atau

1.4 Ibu atau bapa kelahiran LUAR Negeri Perak dan TELAH bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun, atau

1.5 Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak tetapi ANAK LAHIR DI DAERAH YANG BERSEMPADAN dengan Negeri Perak (Hospital Bersalin terletak di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor).

1.6 Bagi permohonan di para 1.3, dan 1.4, SURAT PENGESAHAN BERMASTAUTIN DI NEGERI PERAK LEBIH 10 TAHUN dari Penghulu Mukim / Ketua Kampung diperlukan.

1.7 Bagi permohonan di para 1.5, SURAT PENGESAHAN BERMASTAUTIN DI NEGERI PERAK dari Penghulu Mukim / Ketua Kampung diperlukan.

9. Apakah bantuan-bantuan yang disediakan oleh Yayasan Perak selain daripada bantuan Pendidikan untuk pelajar IPT?

1. Program Pinjaman Tabung Usahawan

2. Program Sayangi Rumahku

10. Apakah peranan Yayasan Perak selain bantuan pendidikan dalam penyampaian bantuan kebajikan sosial kepada golongan sasar golongan miskin di seluruh Negeri Perak?

  • Program Sayangi Rumahku yang merupakan program bantuan baik pulih dan bina baru rumah tanpa bayaran bagi rakyat Perak yang kediamannya mengalami kerosakan rumah dan rumah yang telah uzur.
  • Program Tabung Usahawan yang merupakan pemberian pinjaman perniagaan tanpa faedah kepada golongan sasar iaitu usahawan B40 untuk mengembangkan perniagaan.

11. Bagaimanakah cara untuk memohon Biasiswa YAB Menteri Besar?

Program ini dijalankan secara kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN) dimana senarai nama pelajar yang berkelayakan akan disenarai pendekkan oleh pengurusan JPN dan diserahkan kepada pengurusan Yayasan Perak untuk tindakan selanjutnya.

12. Apakah cara lain untuk berhubung dengan Yayasan Perak?

Sebarang pertanyaan lanjut atau maklumbalas boleh dibuat melalui:

  1. Emel ke admin@yayasanperak.com.my atau 
  2. Aduan ke aduan@yayasanperak.com.my atau
  3. Maklumbalas di laman web Yayasan Perak http://yayasanperak.gov.my/v5.
  4. facebook di Yayasan Perak – Rasmi