Sumbangan Kepada Waris Allahyarham Koperal Safwan

Sumbangan Kepada Waris Allahyarham Koperal Safwan

20 Mei 2020 – Yayasan Perak telah memberikan sumbangan berupa Bantuan Am Kebajikan berserta Kotak Makanan dan Hamper Kuih Raya sempena sambutan Aidilfitri kepada waris Allahyarham Koperal Safwan Mohammed Ismail yang telah terlibat dengan tragedi ketika melaksanakan tugasan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 3 Mei 2020 yang lalu di Kajang, Selangor.

Sumbangan cek berkenaan telah disampaikan oleh Tuan Mohammad Yusoff bin Abustan, Pengurus Besar Yayasan Perak kepada waris Allahyarham yang turut disaksikan oleh Pegawai Yayasan Perak di kediaman keluarga Allahyarham bertempat di Tanjong Rambutan, Perak.

Bantuan Pendidikan yang bersesuaian untuk adik-adik Allahyarham seperti Bantuan Sara Diri Mahasiswa dan Biasiswa YAB Menteri Besar Perak juga akan diuruskan bagi membantu keluarga Allahyarham memandangkan lima orang adik-adiknya masih lagi dalam pengajian (3 di IPT dan 2 sekolah menengah). Allahyarham merupakan harapan keluarga dan banyak membantu kewangan adik-adiknya yang masih belajar.

Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban dan bantuan harian kepada keluarga Allahyarham.