MAJLIS PENYERAHAN KUNCI “PROGRAM SAYANGI RUMAHKU” YAYASAN PERAK DAN PEMBERIAN KOTAK MAKANAN YAYASAN PERAK

14 Mac 2021 (Ahad) – Penyerahan kunci bagi “Program Sayangi Rumahku” dan Pemberian Kotak Makanan Yayasan Perak kepada mangsa banjir yang disempurnakan oleh YB Dato’ Mohd Tarmizi Idris, Pengerusi Yayasan Perak merangkap ADUN Kenering dan diiringi oleh Encik Tajul Hasrul Bin Mohamed Rashidi, Pengurus Pembangunan Sosial Yayasan Perak bertempat di Pantai Besar Batu Kurau.

Penerima bantuan bina baru ini adalah Encik Shaari Bin Man dan Encik Mohd Rosli Bin Mohamad Rejad dimana mereka adalah merupakan mangsa kejadian banjir yang melanda Kampung Pantai Besar, Batu Kurau, Perak.

#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan