PROGRAM CERIA SYAWAL YAYASAN PERAK BERSAMA ANAK YATIM

28 April 2021 – Program Ceria Syawal Yayasan Perak Bersama Anak Yatim telah disempurnakan oleh YB Dato’ Mohd Tarmizi Idris, Pengerusi Yayasan Perak dan diiringi oleh Tuan Azrul Sani Bin Ibrahim, Pengurus Besar Yayasan Perak serta warga kerja Yayasan Perak yang terlibat.

Program membeli pakaian raya bersama anak-anak yatim ini bertujuan untuk meraikan anak-anak yatim di samping memberi peluang kepada mereka merasai suasana membeli keperluan raya sempena menyambut kedatangan Aidilfitri pada tahun ini.

Program ini melibatkan anak-anak yatim dari sekitar kawasan DUN Kenering, Gerik seramai 50 orang yang diselaraskan oleh pejabat DUN Kenering dengan memberikan satu set pakaian baju melayu serta baju kurung kepada mereka.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Nor Azizi Hashim, Pengarah Jakel Cawangan Ipoh dan seluruh warga kerja Jakel Cawangan Ipoh kerana telah memberi kerjasama dalam program ini dan diharapkan usahasama ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.

#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan

Permohonan Bantuan Program Sayangi Rumahku

#YPHebahan

Bantuan baik pulih dan bina baru rumah tanpa bayaran bagi rakyat Negeri Perak yang mengalami kerosakan rumah dan rumah yang telah uzur.

Borang permohonan boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Cawangan Yayasan Perak (Bahagian Pembangunan Sosial), Pejabat ADUN atau dicetak di laman web Yayasan Perak di www.yayasanperak.gov.my

Sebarang pertanyaan sila hubungi kami di talian 05 255 2929

#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan

Sistem e-penghulu

#YPMakluman Untuk makluman, bagi permohonan bantuan Yayasan Perak yang memerlukan pengesahan daripada penghulu kawasan boleh merujuk portal epenghulu di http://epenghulu.perak.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat penghulu di kawasan masing-masing. #yayasanperak#iltizampendidikantransformasiinsan

Permohonan Program Pinjaman Tabung Usahawan

#YPHebahan

Program ini merupakan skim pinjaman perniagaan tanpa faedah kepada usahawan kecil & sederhana (IKS) dan usahawan muda B40 untuk mengembangkan perniagaan.

Borang permohonan boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Cawangan Yayasan Perak (Bahagian Pembangunan Sosial), Pejabat ADUN atau dicetak di laman web Yayasan Perak di www.yayasanperak.gov.my

Sebarang pertanyaan sila hubungi kami di talian 05 255 2929 / 05 246 0998.

#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan