PROGRAM CERIA SYAWAL YAYASAN PERAK BERSAMA ANAK YATIM

28 April 2021 – Program Ceria Syawal Yayasan Perak Bersama Anak Yatim telah disempurnakan oleh YB Dato’ Mohd Tarmizi Idris, Pengerusi Yayasan Perak dan diiringi oleh Tuan Azrul Sani Bin Ibrahim, Pengurus Besar Yayasan Perak serta warga kerja Yayasan Perak yang terlibat.

Program membeli pakaian raya bersama anak-anak yatim ini bertujuan untuk meraikan anak-anak yatim di samping memberi peluang kepada mereka merasai suasana membeli keperluan raya sempena menyambut kedatangan Aidilfitri pada tahun ini.

Program ini melibatkan anak-anak yatim dari sekitar kawasan DUN Kenering, Gerik seramai 50 orang yang diselaraskan oleh pejabat DUN Kenering dengan memberikan satu set pakaian baju melayu serta baju kurung kepada mereka.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Nor Azizi Hashim, Pengarah Jakel Cawangan Ipoh dan seluruh warga kerja Jakel Cawangan Ipoh kerana telah memberi kerjasama dalam program ini dan diharapkan usahasama ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.

#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan