PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN 3.0
Sebarang urusan dan pertanyaan sila hubungi di talian WhatsApp atau melalui emel di sepanjang tempoh PKP 3.0.
Sebarang urusan dan pertanyaan sila hubungi di talian WhatsApp atau melalui emel di sepanjang tempoh PKP 3.0.
NOTIS MAKLUMAN
Susulan daripada arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Daerah Kinta, Pejabat Yayasan Perak DITUTUP kepada orang awam bermula 22 Mei 2021 sehingga 4 Jun 2021
5 Mei 2021 – Yayasan Perak telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama Keluarga dan Anak Syarikat bertempat di Hotel Tower Regency Ipoh. Majlis ini juga diadakan bagi meraikan persaraan seorang kakitangan Yayasan Perak iaitu Puan Rokiah binti Abdullah yang telah berkhidmat selama 35 tahun di Yayasan Perak. Turut hadir bersama Pengerusi Yayasan Perak dan Pengurus Besar Yayasan Perak.
4 Mei 2021 – Yayasan Perak telah mengadakan Program Memasak Bubur Lambuk di Wisma Yayasan Perak sempena bulan Ramadhan. Kakitangan yang terlibat dalam program ini bersama-sama bergotong royong memasak bubur lambuk. Pengagihan bubur lambuk diserahkan oleh Tuan Azrul Sani bin Ibrahim, Pengurus Besar Yayasan Perak kepada semua kakitangan.
3 Mei 2021- Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan di Wisma Yayasan Perak bersamaan 21 Ramadhan 1442H. Seramai lebih 30 orang telah menyertai Program Tadarus Al- Quran sepanjang bulan Ramadhan ini. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran bermula Surah Ad-Dhuha sehingga Surah An-Nas.