Program Konvoi Motosikal Anjuran Kelab Sukan Dan Kebajikan Yayasan Perak Tahun 2021

27 November 2021 (Sabtu) – Kelab Sukan Dan Kebajikan Yayasan Perak telah menganjurkan Program Konvoi Motosikal daripada Ipoh ke Gerik. Seramai 30 kakitangan Yayasan Perak turut terlibat dalam program tersebut. Konvoi motosikal bergerak dari Ipoh pada jam 10 pagi dan sampai ke Castella Cafe, Kampung Padang Stang, Gerik pada jam 1 tengahari untuk makan tengahari disana.

Turut hadir, YB Dato’ Mohd Tarmizi Idris, Pengerusi Yayasan Perak untuk makan tengahari bersama-sama kakitangan Yayasan Perak yang terlibat.

#yayasanperak