Program Penjana KPT CAP – GRADPRENEUR @ PERAK 🧑🎓
Berita baik untuk anda TERUTAMANYA graduan Perak yang ingin menceburi bidang keusahawanan!
Berita baik untuk Graduan Lepasan SIJIL, DIPLOMA dan IJAZAH SARJANA MUDA
Program Pinjaman Mikro Kredit oleh Kerajaan Negeri kepada Usahawan graduan Anak Perak bagi mengembangkan perniagaan.
Tarikh Program: 3 Februari 2022 – 13 Februari 2022
Lokasi: Universiti Perguruan Sultan Idris Shah, Tanjung Malim, Perak
Apa yang anda akan dapat? :
Latihan Keusahawanan Bersijil selama 11 hari
Disediakan pinjaman mikro kredit (tanpa faedah) sehingga RM5000
Sesi khidmat nasihat perniagaan untuk 6 bulan pertama memulakan perniagaan
Syarat-syarat Kelayakan:
Berumur antara 18 hingga 59 tahun serta menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di Negeri Perak.
Pemohon dan pasangan merupakan warganegara Malaysia.
Graduan Peringkat Sijil, Diploma & Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti pada tahun 2019 – 2021 sahaja. (Graduan peringkat Sijil bagi Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja)
Mempunyai SSM / lesen pihak berkuasa tempatan (PBT). Graduan yang baru ingin memulakan perniagaan juga boleh memohon.
Menjalankan perniagaan di dalam Negeri Perak.
Menjalankan perniagaan secara milikan tunggal, perkongsian dan sendirian berhad.
Perniagaan yang dijalankan adalah mematuhi undang-undang Malaysia.
UNTUK MENDAFTAR;
Maklumat lanjut, hubungi:
Dr Sharul Effendy Janudin (UPSI)- 012 211 8608
Yayasan Perak- 05 246 0227