Program Aktiviti Rekreasi Kelab Sukan dan Kebajikan Yayasan Perak ke Pulau Pangkor

22 – 23 Januari 2022 – Seramai 50 orang kakitangan Yayasan Perak yang terlibat telah menjayakan Program Biro Rekreasi Kelab Sukan Dan Kebajikan Yayasan Perak di Avi Pangkor Beach Resort, Pulau Pangkor, Perak. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti island hoping, konvoi motosikal di Pulau Pangkor, makan malam bertemakan pakaian rock, pertandingan karaoke dan cabutan bertuah. Tujuan program ini dilaksanakan adalah bagi mengeratkan silaturahim buat semua kakitangan Yayasan Perak.