Taklimat Program-Program Bantuan Yayasan Perak

9 Februari 2022 – Taklimat berkaitan program-program bantuan Yayasan Perak telah diadakan bersama Adun-Adun dan wakil Adun bertempat di Bilik Gerakan Negeri, Aras G Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Taklimat ini bertujuan untuk memberi penerangan lebih lanjut berkaitan bantuan-bantuan dibawah seliaan Yayasan Perak. Ucapaan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir.
Kunjungan Hormat Kolej Yayasan Saad Melaka Ke Yayasan Perak

9 Februari 2022 – Yayasan Perak telah menerima kunjungan hormat daripada Delegasi Kolej Yayasan Saad Melaka yang diketuai oleh Prof. Dr. Azizan Mohd Noor, Pengerusi Kolej Yayasan Saad (KYS) dan disertai oleh Pegawai-Pegawai KYS bagi perkongsian maklumat dan latar belakang tentang Kolej Yayasan Saad Melaka.
Yayasan Perak amat berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Kolej Yayasan Saad (KYS) dan semoga kerjasama ini dapat diteruskan di masa hadapan.
Program Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan

8 Februari 2022 – Yayasan Perak telah turut serta membuka kaunter perkhidmatan pelanggan sempena Program Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan bertempat di Stadium Indera Mulia, Ipoh.
Program ini diadakan adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada rakyat Negeri Perak untuk bertemu Menteri Besar Perak, Exco-Exco Negeri Perak, Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Agensi – Agensi Kerajaan bersemuka tentang permasalahan, menyuarakan pendapat dan lain lain perkara demi kesejahteraan rakyat Negeri Perak.