Usahawan Yayasan Perak – Cendol KTM Lama Taiping

Yayasan Perak ingin mempromosikan Usahawan Negeri Perak dibawah Pinjaman Tabung Usahawan Negeri Perak, Encik Abdul Latiff Bin Zainal Abidin, seorang pemilik restoran di Stesen Keretapi Lama Taiping, Cendol KTM.

Encik Abdul Latiff dan Puan Maimunah, pasangan suami isteri yang menjalankan perniagaan di bangunan warisan di Taiping yang melebihi 100 tahun, menjual pelbagai jenis makanan dan minuman dengan harga yang sangat berpatutan. Antara menu tarikan yang terdapat di Cendol KTM Taiping ialah cendol biasa, cendol special, ais kacang, laksa, laksa goreng, mee goreng, rojak, pasembur dan lain-lain. Keunikkan di Cendol KTM adalah kerana mereka masih mengekalkan rasa yang asli dengan menggunakan resipi turun-temurun. Untuk tempahan atau maklumat lanjut boleh datang terus ke Cendol KTM Lama Taiping atau hubungi: – Cendol KTM Lama Taiping No. 1A, Jalan Stesen Keretapi Lama, 34000 Taiping, Perak. – 012 455 8835 #yayasanperak #usahawanbimbinganyayasanperak #dzexcopluk #jombantuusahawan #tabungusahawanyayasanperak