Kunjungan Hormat Kolej FELCRA Ke Yayasan Perak

14 April 2022 – Yayasan Perak telah menerima kunjungan hormat daripada Delegasi FELCRA Education Services Sdn Bhd dan Kolej Felcra yang diketuai oleh YBhg. Dato Hazrinor Hisham Bin Harun, Ketua Pegawai Eksekutif FESSB dan disertai oleh Pegawai-Pegawai Kolej FELCRA dan FESSB bagi perkongsian maklumat dan perbincangan tentang beberapa perkara untuk memberi manfaat kepada anak-anak Negeri Perak.
Yayasan Perak amat berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Kolej FELCRA dan semoga kerjasama ini dapat diteruskan di masa hadapan.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan