Program Kasih Lebaran Yayasan Perak Bersama Anak Yatim

  

20 April 2022 – Yayasan Perak pada hari ini telah meraikan seramai 45 orang anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Iman dari Manjoi dan Pertubuhan Baitul Aini dari Kampung Kuala Pari di Gedung Tekstil Jakel Ipoh.
Program ini sedikit sebanyak dapat mengajak mereka merasai kegembiraan dan keriangan menjelang Hari Raya yang bakal diraikan tidak lama lagi dan mereka diberi peluang memilih sendiri baju raya masing-masing di samping dapat mereka merasai suasana membeli keperluan raya sempena menyambut kedatangan Aidilfitri pada tahun ini.
Terima kasih juga kepada pihak Jakel Ipoh kerana bekerjasama lagi pada tahun ini menerusi program ini.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan