Usahawan Negeri Perak

Yayasan Perak ingin memperkenalkan seorang Usahawan Negeri Perak dibawah Pinjaman Tabung Usahawan Negeri Perak, Encik Mohd Hazli Bin Hussain, seorang peniaga kiosk bahulu di Aeon Kinta City, Ipoh, Perak.
Beliau telah beroperasi sejak tahun 2002. Bahulu Cermai ini dimasak setiap hari agar sentiasa lembut dan sedap. Selain itu, terdapat juga pelbagai jualan seperti kuih-kuih tradisional, biskut, kerepek, popcorn caramel dan banyak lagi yang dijual di kiosk Bahulu Perak. Encik Hazli juga sedia untuk menerima sebarang tempahan.
Untuk tempahan atau maklumat lanjut boleh datang terus ke kiosk Bahulu Perak atau hubungi:
– Aras 1, Berhadapan Medan Selera,
AEON Kinta City, Ipoh, Perak.
– 013 584 7595