Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 7 Tahun 2022 & Pelancaran Skim Mikrokredit Perak Sejahtera

11 Oktober 2022 – Yayasan Perak telah turut serta membuka kaunter perkhidmatan pelanggan sempena Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 7 Tahun 2022 bertempat di S.K Dato’ Alaudin, Selinsing.

Program ini diadakan adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada rakyat Negeri Perak untuk bertemu Menteri Besar Perak, Exco-Exco Negeri Perak, Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Agensi – Agensi Kerajaan bersemuka tentang permasalahan, menyuarakan pendapat dan lain-lain perkara demi kesejahteraan rakyat Negeri Perak.

YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Bin Mohamad juga telah merasmikan Pelancaran Skim Mikrokredit Perak Sejahtera dan beberapa program lagi untuk para usahawan Negeri Perak.

#yayasanperak

#iltizampendidikantransformasiinsan

#usahawanperak