Majlis Mengenang Jasa Sempena Persaraan

13 Oktober 2022 – Telah berlangsung Majlis Mengenang Jasa Sempena Persaraan kakitangan Yayasan Perak iaitu Puan Norazua Binti Zulkefli, Puan Zainab Binti Mohamed Lazit dan Puan Nor Sarimah Binti Mohd Yusuff di Hotel Impiana, Ipoh.

Pihak Pengurusan Yayasan Perak mengucapkan selamat maju jaya dan sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera sepanjang tempoh persaraan kelak.

#yayasanperak