KUNJUNGAN HORMAT YAYASAN PERAK KE PEJABAT PENGERUSI JAWATANKUASA PENDIDIKAN, PENGAJIAN TINGGI, BELIA DAN SUKAN NEGERI PERAK
15 Disember 2022 – Yayasan Perak telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak yang dipengerusikan oleh YB Encik Khairudin Bin Abu Hanipah.
Tujuan kunjungan hormat tersebut adalah untuk mengeratkan kerjasama di antara Yayasan Perak dengan Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak dalam memajukan sektor pendidikan di Negeri Perak.