Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak

Kerajaan Negeri Perak melalui Yayasan Perak memperuntukkan RM200 kepada bayi yang dilahirkan di Negeri Perak mulai tahun 2010 sebagai simpanan permulaan menerusi Skim Simpanan Pendidikan Tinggi Nasional Akaun Simpanan (SSPN PRIME).

Borang permohonan boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Cawangan PTPTN Negeri Perak, Pejabat Pusat Khidmat ADUN atau dicetak di laman web Yayasan Perak di www.yayasanperak.gov.my

Sebarang pertanyaan sila hubungi kami di talian 05 255 2929/253 7779.