Kunjungan Hormat Yayasan Perak Ke Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat Dan Pembangunan Usahawan

4 Januari 2023 – Yayasan Perak telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan yang dipengerusikan oleh YB Puan Salbiah Binti Mohamed.
Tujuan kunjungan hormat tersebut adalah untuk mengeratkan kerjasama di antara Yayasan Perak dengan Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan dalam memajukan sektor usahawan dan kebajikan masyarakat di Negeri Perak.