PESTA SUKAN ANTARA YAYASAN NEGERI SE-MALAYSIA (PESAYA) KE-14 SARAWAK 2023

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh kontinjen Yayasan Perak yang telah gigih berusaha untuk sukan-sukan yang dipertandingankan.
Yayasan Perak telah menamatkan Pesta Sukan Antara Yayasan Negeri Se-Malaysia (PESAYA) Ke-14 dengan 1 pingat emas untuk acara Sepak Takraw, 1 pingat gangsa untuk acara Golf Individu dan tempat keempat untuk acara E-Sport FIFA yang telah menyumbangkan sejumlah 8 mata dan menduduki tempat KETUJUH secara keseluruhan daripada 13 buah Yayasan Negeri yang terlibat.
Penganjuran PESAYA seterusnya bakal diadakan di Kelantan dan Yayasan Islam Kelantan sebagai tuan rumah. Semoga berjumpa lagi untuk PESAYA yang akan datang.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan