PROGRAM RAIKAN AIDILFITRI YAYASAN PERAK BERSAMA ANAK YATIM

10 April 2023 – Program Raikan Aidilfitri Yayasan Perak Bersama Anak Yatim telah disempurnakan oleh YABhg. Datin Seri Aezer Binti Zubin, Yang Dipertua Baiduri dan diiringi oleh Tuan Azrul Sani Bin Ibrahim, Pengurus Besar Yayasan Perak serta warga kerja Yayasan Perak yang terlibat.
Program membeli pakaian raya bersama anak-anak yatim ini bertujuan untuk meraikan anak-anak yatim di samping memberi peluang kepada mereka merasai suasana membeli keperluan raya sempena menyambut kedatangan Aidilfitri pada tahun ini.
Program ini melibatkan anak-anak yatim dari sekitar kawasan DUN Kota Tampan seramai 50 orang yang diselaraskan oleh pejabat DUN dengan memberikan satu set pakaian baju melayu serta baju kurung kepada mereka.
Terima kasih diucapkan kepada seluruh warga kerja Jakel Cawangan Ipoh kerana telah memberi kerjasama dalam program kali ini.
#yayasanperak